BERAKAS INTERNATIONAL AIRPORT, Tuesday, 28 January 2025 – Members of the Land
Border Security Sub-Committee (JKSSD) conducted a working visit to the Department of Civil
Aviation, led by Yang Mulia Colonel Aldi bin Haji Hassan, Chairman of JKSSD. The visit was
attended by representatives from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), the Royal Brunei
Police Force (RBPF), the Narcotics Control Bureau (NCB), the Royal Customs and Excise
Department (RCED), and Department of Immigration and National Registration (DINR).
During the visit, the Department of Civil Aviation delivered a detailed briefing on its Structure of
Command. This briefing provided an in-depth understanding of the organization, roles, and
responsibilities in the execution of its duties. Such knowledge is crucial in ensuring close
cooperation between agencies and enhancing the effectiveness of joint operations.
LAWATAN KERJA KE JABATAN PENERBANGAN AWAM, KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BERAKAS, Selasa, 28 Januari 2025 – Ahli-ahli
Jawatankuasa Kecil Sekuriti Sempadan Darat (JKSSD) telah mengadakan lawatan kerja ke
Jabatan Penerbangan Awam yang diketuai oleh Yang Mulia Kolonel Aldi bin Haji Hassan,
Pengerusi JKSSD. Lawatan ini turut disertai oleh wakil daripada Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Jabatan
Kastam dan Eksais Diraja (JKED), serta Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK).
Dalam sesi lawatan tersebut, pihak Jabatan Penerbangan Awam telah menyampaikan taklimat
terperinci mengenai Structure of Command Jabatan Penerbangan Awam. Taklimat ini bertujuan
untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai organisasi, peranan, serta
tanggungjawab jabatan dalam melaksanakan tugas mereka. Pengetahuan ini amat penting dalam
memastikan kerjasama yang erat antara agensi-agensi berkaitan, sekaligus meningkatkan
keberkesanan operasi bersama.